🏕️ Get RM5 Off Your Booking! Use code BT5 and save on your next outdoor adventure. Don’t wait—book now!

SEPAH CAMPERS CLUB REGISTRATION PAGE

SEPAH CAMPERS CLUB REGISTRATION FORM

🔥 SEPAH CAMPERS CLUB 🔥
Join the most entertaining camping club in Malaysia – with laughs, legends, and unforgettable outdoor vibes!

Kalau korang peminat SEPAH CAMP TOUR, ini peluang untuk jadi sebahagian daripada keluarga campers paling gila-gila & sporting dalam Malaysia!

🌲 APA YANG KORANG AKAN DAPAT?

1. Telegram Group Eksklusif – Sepah Campers Only
💬 Dapat akses ke group telegram tertutup. Korang akan jadi orang pertama tahu info tentang:
• Lokasi & tarikh episod baru SEPAH CAMP TOUR
• Update tentang event, aktiviti & kolaborasi
• Slot camping bersama team SEPAH
• Peluang menang hadiah & merchandise eksklusif!

2. Join Camping Event Eksklusif
🔥 Korang boleh join camping event yang dianjurkan khas untuk ahli sahaja.
🎤 Ada sesi borak santai, BBQ time, aktiviti outdoor, live entertainment & meet and greet bersama Shuib, Mamat, dan team produksi!

3. Meet & Greet + Campfire Session
📸 Peluang bergambar, lepak dan sembang dekat api unggun dengan artis & selebriti jemputan SEPAH CAMP TOUR.
🎶 Mungkin ada sesi unplugged atau persembahan surprise… siapa tahu?

4. Aktiviti & Cabaran Sepah
💪 Sukaneka, explorace, survival games dan macam-macam lagi aktiviti yang akan buat korang gelak pecah perut + ikat ukhuwah campers sebenar!